Header Ads

  • Breaking News

    Numismatik

    Pada mulanya aku sekadar mengumpul syiling dan wang peredaran semasa yang mana aku perolehi melalui kawan-kawan,saudara dan diri sendiri yang selalu ke luar negara baik kerana urusan kerja mahupun urusan peribadi.

    Kemudian aku mula berminat untuk mengenali lebih mendalam mengenai duit syiling yang aku kumpul ataupun miliki ketika itu.
     
    Bermula dari situ, maka bermulalah minat aku dalam dunia dan hobi NUMISMATIK.

    Apa itu Numismatik?
    Melalui pembacaan buku dan juga internet, aku memahami bahawa NUMISMATIK adalah :
    1. Pengkajian dalam bidang wang sama ada wang kertas, syiling, tin, kupon atau token yang mana ianya diguna pakai dalam sesuatu urusan jual beli. 
    2. Pengumpulan matawang yang digunakan sebagai mana senarai diatas pula lebih dikenali sebagai pemgumpul - 'collector'.
    3. Kajian dan analisa sejarah mengenai sesuatu matawang yang diguna pakai pada satu ketika dahulu oleh sesebuah bangsa/negara.
    Perkataan 'Numismatics' berasal daripada Greek iaitu 'nomisma'.

    Apa itu numismatist?

    Merujuk kepada sesorang/individu yang mana beliau begitu serius mengenai koleksi syiling mereka, gred syiling dan matawang mereka serta menjual koleksi mereka selain mengumpul segala yang berkaitan dengan wang termasuklah wang emas 'bullion'.

    Setiap numismatik mempunyai sejarah dan cerita yang disahkan.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad